Kerajaan Nafi Abaikan Sabah Berdepan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menyanggah dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan mengabaikan rakyat Sabah berdepan kes Covid-19.

Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, secara keseluruhannya pelbagai usaha telah dilaksanakan secara menyeluruh oleh kerajaan untuk memerangi pandemik COVID-19 di Sabah serta seluruh negara.

“Dakwaan pihak tertentu seolah-olah Kerajaan mengabaikan rakyat Sabah ketika berdepan peningkatan kes COVID-19 adalah tidak tepat sama sekali.

“Ianya memberi gambaran yang tidak berasas tanpa mengambil kira situasi yang sebenar.

“Bagaimanapun, kerajaan mengalu-alukan pandangan serta kritikan, namun kritikan tersebut harus berdasarkan fakta dan kebenaran,” katanya dalam satunya kenyataan, hari ini.

Susulan itu Saifuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk terus berganding bahu dan bekerjasama bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan seterusnya memulihkan negara demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu beliau turut menyenaraikan tindakan dan bantuan yang telah disediakan kerajaan untuk Sabah.

“Kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap situasi di Sabah dari awal peningkatan bilangan kes positif COVID-19.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah meninjau persiapan akhir misi penghantaran barang-barang keperluan kritikal bagi menangani pandemik COVID-19 ke Sabah dan Sarawak oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Misi seperti ini merupakan antara langkah dan usaha berterusan kerajaan bagi mengawal penularan kes serta menjaga keselamatan rakyat Sabah,” ujarnya.

Beliau menambah, setiap hari, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pengurusan Covid-19 dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi memantau perkembanganerkini dan mengukuhkan tindakan mengawal penularan jangkitan.

Ujarnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah yang dijadualkan berakhir pada 26 Oktober 2020 juga dilanjutkan sehingga 9 November 2020 seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di beberapa lokaliti zon merah di Sabah.

“Kerajaan telah menghantar pasukan tambahan dari pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang meliputi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensiagensi berkaitan untuk membantu situasi di Sabah. Kerajaan juga bersetuju untuk melantik 1,899 petugas kesihatan tambahan secara kontrak bagi menangani gelombang ketiga pandemik ini.

“Selain itu, pasukan khas Operasi Pematuhan yang melibatkan keanggotaan agensi-agensi Kerajaan termasuk ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) ditubuhkan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPD.

Mereka bukan sahaja menjalankan penguatkuasaan PKPB dan PKPD malah juga memastikan penduduk di kawasan zon merah mendapat bantuan barang keperluan yang mencukupi.

“Anggota dan aset keselamatan negara juga akan ditambah bagi memperkasakan dan memperketatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) selain mengekang penularan Covid -19.

“Pasukan Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 1,740 operasi sanitasi yang melibatkan 987 premis di Sabah setakat 29 Oktober 2020.

“KKM telah meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia dalam memastikan sistem kesihatan awam dan perubatan di Sabah terus mampan dalam usaha membendung penularan COVID-19,” katanya.

Beliau turut memberitahu, Sabah kini mempunyai sembilan hospital yang merawat Covid-19 dan 28 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dengan kapasiti keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 sebanyak 8,375 dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratu, manakala kapasitikeseluruhan katil ICU adalah 153 di mana 63 peratus sedang digunakan.

Saifuddin turut berkata, KKM juga bekerjasama dengan ATM dalam menyediakan hospital medan di Tawau bagi kegunaan pesakit bukan COVID-19 agar lebih banyak katil di Hospital Tawau boleh digunakan untuk pesakit COVID-19.

“KKM mempunyai kapasiti katil Covid-19 yang mencukupi sekiranya terdapat peningkatan kes. Kapasiti ujian makmal Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di negeri Sabah telah ditingkatkan dua kali ganda sejak Julai 2020.

“Penghantaran sampel RT-PCR setiap hari dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan menggunakan perkhidmatan TUDM dan Pos Laju. Sejak Oktober 2020, sebanyak 100,000 kit ujian RTK Antigen dihantar setiap bulan khususnya ke Sabah bagi membolehkan keputusan ujian dapat diperolehi dengan lebih cepat.

Hari ini, kerajaan dikritik apabila keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew yang bertindak turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat