799 Kes Baru Covid Termasuk 466 Jangkitan Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan 799 kes termasuk daripada lapan kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 30,889 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu membabitkan penularan tempatan dengan Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 466.

“Selangor merekodkan 150 kes diikuti Labuan (65) dan Pulau Pinang (35),” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 249.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 491 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 20,248 setakat hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat