PRU15 Minggu Kedua November?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dikhabarkan berlangsung pada minggu kedua November 2022.

Pun begitu, difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan terlebih dahulu membentangkan pelan menghadapi situasi banjir sekiranya ia berlaku ketika musim pilihan raya.

Malah dipercayai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah dimaklumkan tentang pilihan tarikh berkenaan.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyenaraikan tarikh-tarikh penting PRU15 di Twitternya.

Dakwa Rais, 12 Oktober ini akan diumum tarikh PRU15 manakala 29 Oktober akan berlangsung penamaan calon.

Tarikh PRU15 pula pada Sabtu, 12 November 2022, dakwa Rais.

Beliau malah mengulas sekiranya benar tarikh-tarikh tersebut membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sangat tidak bertanggungjawab.

“Rakyat menderita, singkir mereka,” tegasnya.

Malam ini akan berlangsungnya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (Umno) yang antara agenda pentingnya meluluskan tarikh PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat