Top 5 Dah Ada Tarikh PRU15, Status Hubungan Dengan PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan pertemuan Top 5 Umno hari ini telah berjaya mencapai kata sepakat.

Dipercayai semua agenda penting membabitkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kerjasama dengan PAS telah berjaya mencapai kata putus.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama kepimpinan Top 5 parti tengah hari tadi berlangsung dengan baik.

“Dapat capai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak kehadapan,” catat Mohamad di Facebooknya pada Jumaat.

Malam ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan membawa semua usul penting parti dan bakal diluluskan secara konsensus semua pimpinan tertinggi.

Tengah hari tadi kelima-lima pimpinan tertinggi Umno itu hadir bagi mencari titik temu tarikh PRU 15 yang sedang hangat diperdebatkan.

Pertemuan penting itu kelihatan mesra dan damai yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat