Persidangan Agung Bersatu 18-19 Disember 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu bakal melangsungkan Persidangan Agung parti bagi 2021 pada 18 hingga 19 Disember ini,” kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau tarikh persidangan itu telah ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

“Persidangan bagi peringkat cawangan akan diadakan pada 9 hingga 30 Oktober, manakala persidangan bahagian pula 12 hingga 14 November ini.

“Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau ‘hybrid’ bergantung kepada kelulusan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mesyuarat MPT Bersatu pada Rabu dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu berkata, MPT Bersatu turut sebulat suara bersetuju melantik Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu yang pertama.

“MPT Bersatu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya bahawa pelantikan Santhara mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada Bersatu,” kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat