Emir Kuwait Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

- Advertisement -

EMIR Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun setelah memerintah negara Teluk selama 14 tahun, para pegawai mengumumkan pada hari Selasa.

Sabah telah bergelut dengan masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan sangat dihormati kerana berusaha untuk mengatasi konflik di rantau ini.

Ketika keretakan politik menyebabkan sekatan ke atas Qatar oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir, Sabah berusaha tapi tidak berjaya mencapai penyelesaian.

Baginda juga mengetuai persidangan penderma untuk Syria yang membawa janji berjumlah ratusan juta dolar.

“Dengan kesedihan yang tulus, Kuwait, rakyatnya, masyarakat dunia Arab dan Muslim, dan komuniti di dunia mengucapkan takziah atas kematian Emir Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, semoga Tuhan mengampuninya,” kata Menteri Hal Ehwal Mahkamah Diraja Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah di TV negeri.

Sabah dilahirkan pada tahun 1929 sekitar masa pembentukan negara Kuwait moden, dan merupakan anggota keluarga kerajaan negara itu. Selama 40 tahun, baginda berkhidmat sebagai menteri luar negeri, kemudian menjadi perdana menteri sebelum bagindw dinobatkan sebagai raja negara.

Pada 6 Ogos, Emir pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan perubatan setelah baginda menjalani pembedahan yang disifatkan oleh pejabatnya sebagai berjaya.

Pegawai bagaimanapun tidak mendedahkan keadaannya.

Beberapa negara dan pemimpin memberi penghormatan kepada Sabah berikutan berita kematiannya. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata beliau “sangat sedih” dengan pemergian emir itu.

Guterres berkata baginda adalah simbol “kebijaksanaan dan kemurahan hati” yang luar biasa, utusan perdamaian dan membina perhubungan.

Setiausaha Agung PBB itu juga menambah bahawa Sabah sentiasa berada dalam “barisan pertama menggerakkan komuniti antarabangsa dalam tindakan solidariti dengan mereka yang memerlukan.” – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat