Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah.

Bekas menteri besar Johor itu, melalui laman Facebooknya menyifatkan konflik tersebut berlaku apabila UMNO sudi mengadakan rundingan dengan mereka yang pernah melompat untuk meninggalkan parti itu.

“Dari katak menjadi putera raja selepas terima ciuman UMNO,” tulisnya ringkas melalui satu catatan ringkas pada Isnin.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun para pemerhati politik mendakwa ia merujuk kepada Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Barisan Nasional (BN) melalui Gabungan Rakyat Sabah semalam, bersetuju untuk memberi laluan dengan menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Sabah (PN) itu sebagai calon Ketua Menteri.

Untuk rekod pada 2018, Hajiji bersama 12 wakil rakyat UMNO melompat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.

Ketika Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN16) yang lalu, BN Sabah melalui Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin bersetuju untuk memberikan laluan kepada PPBM bertanding di beberapa buah kerusi tradisi hasil dari rundingan yang di lakukan.

Hasilnya pada PRN Sabah Sabtu lalu, GRS yang membabitkan BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memperoleh majoriti selepas meraih 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) pula hanya memperoleh 23 kerusi DUN, DAP (6), PKR (2), UPKO (1) dan Bebas (3).

Bagaimana pun sejurus selepas mengangkat sumpah, Hajiji dikatakan enggan mematuhi perjanjian awal di antara PN dan BN sehingga memaksa Bung membuat satu sidang akhbar tergempar untuk menarik kembali sokongan yang telah diberikan parti itu.

Namun atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Hajiji kemudiannya akur sekaligus mengelakkan konflik politik Sabah berterusan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat