Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

‘Hukuman PBNP Melucukan’ – Sumareh

Kuala Lumpur: "Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang...

Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu...

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah 1.39, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“RO ketika ini adalah 1.39 dan keadaan masih terkawal. Tahap kritikal adalah 1.6 dan di Sabah kira-kira 1.42. Kita masih dapat mengawal penularan dengan syarat kita terus melakukan yang terbaik dengan langkah-langkah kesihatan awam di kawasan masing-masing,” katanya pada sidang media perkembangan pandemik COVID-19 di sini hari ini.

Mengambil contoh Sabah, Dr Noor Hisham berkata pelbagai langkah kesihatan awam telah diambil sejak sebelum pilihan raya negeri (PRN) itu, termasuk kawalan sempadan dan sekatan jalan raya. Bagaimanapun, tindakan tidak dibuat secara rasmi.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) diumumkan secara rasmi semalam dan dikuatkuasakan hari ini hingga 12 Okt di empat daerah – Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

“Kami berharap dapat memperketat kawalan keselamatan dan mengawal aktiviti di kawasan berkenaan. Kami berharap dapat terus mengesan kes positif dan membendung penularan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) telah terbukti dapat membendung dan memutuskan rantaian jangkitan di beberapa kawasan, masyarakat dan daerah.

Beliau berharap orang ramai terus memberikan kerjasama dengan mematuhi syarat ditetapkan kementerian seperti menjalani ujian saringan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.

Mengulas mengenai TEMCO, Dr Noor Hisham berkata walaupun dilaksanakan di beberapa daerah, namun fokus tetap diberikan kepada beberapa perkampungan seperti Sri Tanjung di Tawau, bandar-bandar dan kawasan yang dikenalpasti.

Mengenai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan mereka yang terlibat ketika PRN Sabah yang selesai baru-baru ini, Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap SOP diterima.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu...