Umno Sabak Bernam sokong PM jadi ‘poster boy’ dan serah isu bubar Parlimen kepada MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Bahagian Sabak Bernam akan terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Ketuanya, Datuk Dr Abd Rahman Bakri juga memberi kepercayaan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan kepimpinan ‘Top 5’ dalam menentukan hala tuju dan pembubaran Parlimen.

Malah tegas beliau, tindakan menyerang sesama sendiri, akan memberikan persepsi negatif kepada parti dalam agenda mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Sebagai sebuah parti keramat dan berpengalaman, kita seharusnya lebih matang dalam merealisasikan objektif parti.

“Maka, semua pihak harus bertenang dan merapatkan saf demi kemenangan dalam Pilihan Raya akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru, kata Abd Rahman keluarga besar Umno diseru kembali kepada cogan kata Umno, ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ dalam memastikan kemenangan parti pada pilihan raya nanti.

“Umno Bahagian Sabak Bernam tetap kukuh dengan perinsip setia kepada parti dan patuh kepada keputusan Top 5 dan MKT,” tegas Abd Rahman.

Dalam pada itu, katanya Umno Bahagian Sabak Bernam turut menzahirkan rasa simpati terhadap bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah pasti, kita tidak dapat menyangkal segala kebaikan yang telah dilakukan untuk rakyat dan parti khususnya,” jelas beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat