PAS tolak PH, tetap mahukan penyatuan ummah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS secara tegas tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun mana-mana parti komponennya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini termasuklah cadangan konsep ‘khemah besar’ tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pendirian lain katanya ialah PAS tetap mengutamakan konsep Penyatuan Ummah dan perpaduan nasional dalam setiap langkah dan pendirian politiknya

“PAS amat optimis pendekatan penyatuan ummah tersebut boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera.

“Hal ini kerana ia adalah formula paling berkesan serta diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” jelas Takiyuddin dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu katanya, kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS tidak akan membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing lebih awal dari bulan Mac 2023 atas dasar buat masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain dari kesihatan;

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, PAS mengambil pendekatan bersikap terbuka dalam mencari formula terbaik bagi mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU-15 demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Perkara-perkara ini akan turut diberikan tumpuan semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-68 yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah pada 3 dan 4 September 2022,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat