Polis Siasat Insiden Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

- Advertisement -

BATU PAHAT- Polis sedang menyiasat insiden penularan gambar memaparkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Suloh, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzuddin Rungai berkata, kejadian dipercayai berlaku hari ini susulan gambar tular di media sosial kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Bagaimanapun menurut beliau, setibanya pihak polis di lokasi kejadian, Jalur Gemilang tersebut didapati telah pun diturunkan terlebih dahulu.

“Ekoran penularan gambar berkenaan, pihak polis tetap akan memanggil penjaga rumah ibadat tersebut dan individu lain yang didapati terlibat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan.- Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat