Mohamad Alamin positif COVID-19 tak hadir angkat sumpah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan tidak dapat hadir ke Istana Negara petang ini akibat dijangkiti COVID-19.

Memetik Bernama, Mohamad mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan itu petang ini.

Katanya beliau sedang dirawat di Kuala Lumpur dan kesihatan dirinya stabil serta dalam keadaan yang baik.

“Minta semua doakanlah ya kesembuhan saya, insya-Allah,” katanya.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Barisan Kabinet beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat