Mahdzir Ikrar Guna Segala Pengalaman Untuk Bantu Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau menerima pelantikan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya.

Beliau berikrar dengan pengalaman di sepanjang karier politiknya akan dijadikan sebagai bekalan untuk beliau memastikan segala agenda pemerkasaan masyarakat luar bandar sebagai salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Saya juga beriltizam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti demi memastikan negara kita terus bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha kita menangani pandemik Covid-19 dan juga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dengan rasa rendah diri, saya memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan negara kita berjaya bangkit dan pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang dalam tempoh masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap itu juga merakam penghargaan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, atas perkenan mengadap bagi Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Kabinet di Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Istana Negara hari ini.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas pelantikan sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO khususnya Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan juga seluruh kepimpinan parti.

“Juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen, pimpinan parti-parti politik dan seluruh warga Malaysia yang dikasihi sekalian,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat