Siapa kerajaan ingin jaga, rakyat jelata atau taikun dan mahakaya? – Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi atau High Value Goods Tax (HVGT) dipertikai.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil kurang senang dengan keputusan terbaharu kerajaan itu.

“Alih-alih hari ini kerajaan umum cukai barangan mewah pula dibatalkan.

“Mahakaya tak perlu bayar cukai lebih untuk beli barangan mewah.

“Dulu kerajaan ini kata cuma mahakaya T15 sahaja yang kena bayar lebih. Tapi sampai sekarang kerajaan tidak takrif definasi T15 dan siapa mahakaya itu.

“Namun cukai SST diperluas, kerajaan kutip RM50-60 billion setahun dan rata-rata rakyat kena bayar lebih dan subsidi ditarik balik.

“Siapa yang kerajaan ingin jaga ini? Rakyat jelata, taikun atau mahakaya? soal Isham.

Tegasnya, sepatutnya barangan mewah untuk mahakaya yang perlu dicukai lebih, bukan dicukai sama macam barangan rakyat biasa.

“Jika kerajaan kenakan cukai lebih kepada mahakaya, kita boleh kurangkan cukai kepada rakyat biasa yang membanting tulang membangun negara, itu baru adil.

“Buat apa beri pelepasan kepada yang mahakaya,” soal beliau lagi.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi atau High Value Goods Tax (HVGT).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menjelaskan bahawa prinsip HVGT telah diterapkan dalam semakan semula struktur cukai jualan, dengan barang mewah dan bersifat pilihan dikenakan cukai pada kadar lima atau 10 peratus.

Pada masa sama, kerajaan mengambil beberapa langkah melalui pelaksanaan cukai langsung dan tidak langsung bagi mengukuhkan kutipan hasil negara.

“Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gains Tax (CGT) telah bermula secara efektif pada 1 Mac 2024. Berdasarkan jumlah dan nilai transaksi semasa bagi saham tidak tersenarai, kerajaan menganggarkan kutipan hasil sekitar RM800 juta setahun.

“Namun kutipan sebenar bagi sesuatu tahun taksiran hanya akan dimuktamadkan selepas pembayar cukai syarikat mengemukakan borang nyata cukai pendapatan masing-masing,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat