Lepas ini syarikat judi pula buat program dalam sekolah? – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno berang dengan kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkait syarikat arak menjalankan program mengumpul dana untuk tujuan membiayai pembangunan di sekolah vernakular.

Dr Akmal Saleh membidas, selepas syarikat arak mungkin syarikat judi pula tampil membuat program dalam sekolah.

“Lepas ni boleh jemput syarikat judi pula ke buat program dalam sekolah?

“Tak cukup dengan sumbangan derma, hari ni nak benarkan syarikat arak buat program dalam sekolah pula?

“Tahniahlah Menteri Pengangkutan yang ‘memangku Menteri Pendidikan’, tempelak Akmal dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Beliau menyeru “bersatulah wahai saudara seagama dan sebangsaku”.

Semalam, Anthony memaklumkan, tiada halangan kepada mana-mana syarikat termasuk pengeluar minuman keras untuk menganjurkan program mengumpul dana untuk tujuan membiayai pembangunan di sekolah vernakular.

Menteri Pengangkutan itu berkata, bagaimanapun syarikat terbabit tidak dibenarkan mempamerkan sebarang logo mahupun jenama berkaitan perniagaan mereka.

“Kalau berada di premis sekolah, jenama atau logo ini tak boleh dipaparkan tetapi program boleh buat.

“Tetapi kalau dekat luar, dia tiada halangan dan kebanyakan program ini berlaku di luar bukan di sekolah, restoran dan sebagainya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat