UMNO Tidak Boleh ‘Buang’ Anak Yang Dilahirkan – Ahmad Shabery

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah hasil perjuangan parti UMNO sebelum kemerdekaan negara walaupun ketika itu ramai memilih komunisme dan republik.

Oleh itu UMNO tidak boleh buang ‘anak’ yang dilahirkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengulas perkembangan semasa berkata, Kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu Parlimen bersidang, tak mahu demokrasi berfungsi.

Menurutnya, pengisytiharan darurat kononnya untuk menyelesaikan pandemik Covid-19 tapi semakin parah.

Sehinggakan Datuk Seri Azalina Othman Said menulis surat kepada Peguam Negara fasal pemandulan Parlimen dan mesti dibenarkan berfungsi kembali.

Biro Politik UMNO pula meletakan syarat mesti bersidang dalam tempoh 14 hari, sewaktu mereka mencari alasan melengahkannya.

Jelas beliau, tindakan UMNO itu paling berkesan.

”Kalau UMNO memilih untuk tidak memimpin, sampai bila pun UMNO akan dipimpin tangannya oleh orang lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat