Tubuh Kerajaan Interim, UMNO Mesti Pilih Bersama Raja, Rakyat Atau Muhyiddin, PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jalan keluar daripada krisis Perlembagaan yang kian runcing ini adalah dengan penubuhan kerajaan interim, cadang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin.

Menurut beliau UMNO mesti mengusahakan penubuhan kerajaan interim dan akan berakhir apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Khaled mengemukakan kata dua iaitu wakil rakyat UMNO mesti memilih bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

“Malaysia sedang berada dalam suatu krisis Perlembagaan.

“Kenyataan Perdana Menteri, semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.

“Wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan. Iaitu mendukung titah Yang di- Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga. UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi Raja.

“Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangam dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO.

“Jalan keluar dari semua ini ialah untuk UMNO mengusahakan penubuhan kerajaan interim syor Khaled dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat.

Justeru cadang beliau, meninggalkan PN adalah lebih baik dan strategik daripada membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.

Tegas Khaled ‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional’.

“Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya. UMNO mesti menggunakan kesempatan ini untuk memberikan kepimpinan yang diharapkan demi sebuah negara yang sangat memerlukan.

“UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan kerajaan interim hanya dengan tiga mandat sahaja,” katanya.

Jelas beliau tiga manadat itu merangkumi menguruskan ekonomi negara; menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain itu Khaled berkata, Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.

“Saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat