Menteri Kesihatan, MP Klang buat lawatan mengejut ke HTAR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malam tadi Menteri Keshitan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago melaukan lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi meninjau situasi semasa di Jabatan Kecemasan.

Lawatan itu bertujuan mengotakan janji Dr Adham kepada Charles Anthony yang ragu-ragu terhadap pengurusan hospital awam itu memandangkan kes COVID-19 yang runcing di situ.

Sebelum ini di Dewan Rakyat Charles Anthony ada membangkitkan kebimbangan dengan kepadatan HTAR dan mengatakan ia hanya terurus ketika kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas itu ia kembali berantakan, oleh hal demikian Dr Adham berjanji untuk membuat lawatan mengejut bersama sebagai bukti hospital itu diurus dengan baik.

Dalam lawatan mengejut semalam antara jam 7.45 hingga 9 malam nampaknya Ahli Parlimen Klang itu berpuas hati bahawa HTAR sudah diuruskan dengan baik bukan sekadar retorik ketika Perdana Menteri berkunjung.

Terdahulu Dr Adham memberitahu Ahli Parlimen Klang bahawa kunjungan mengejut ini tidak akan dimaklumkan awal kepada HTAR supaya tiada apa yang akan disembunyikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat