Peralatan Perubatan Sumbangan Arab Saudi Untuk Bantuan Covid-19 Tiba Di Tanah Air – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata tiga buah kapal terbang penuh dengan bantuan peralatan perubatan sumbangan kerajaan Arab Saudi tiba di tanah air, semalam.

Menurutnya, sumbangan peralatan perubatan untuk bantuan Covid-19 kepada Malaysia.

Jelas Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Kluster Keselamatan, lima hari lepas Raja Salman menitahkan ‘King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action’ segera menyalurkan sumbangan bantuan Covid-19 kepada Malaysia.

“Baru lima hari lepas Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan #COVID19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi 2 buah pesawat manakala sebuah lagi akan tiba hari ini – tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini, alhamdulillah
InsyaAllah, tengahari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua.” kata beliau melalui Facebooknya, sebentar tadi.

Terdahulu melalui catatan Facebook Hishammuddin pada 25 Julai berkata, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman sendiri telah menitahkan supaya ‘King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action’ segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID19.

Menurut beliau ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat