Warga Asing Gagal Bayar Kos Kuarantin Akan Dibatal Pas Lawatan – Imigresen

- Advertisement -

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan membatalkan pas lawatan jangka panjang warga asing jika mereka gagal membayar kos kuarantin untuk mengekang penularan Covid-19.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, amaran itu diberikan bagi memastikan golongan terbabit tidak menjejaskan usaha dilakukan kerajaan Malaysia.

“Mulai 24 Julai lalu, kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari terhadap warga tempatan yang pulang ke negara ini dan warga asing yang diberi kebenaran masuk.

“Bagi warga asing, mereka dikehendaki menanggung sepenuhnya kos kuarantin berkenaan.

“Jika gagal berbuat demikian, kita akan batalkan pas suami atau isteri kepada warga asing iaitu Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK), Pas Penggajian (Ekspatriat) serta Pas Malaysia My Second Home (MM2H),” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan dan peraturan ditetapkan selain peka dengan pengumuman terkini daripada agensi kerajaan berhubung langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Mereka yang ingkar arahan atau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat