TYT Sabah Umum DUN Dibubarkan Secara Rasmi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan secara rasmi sebentar tadi, selepas kerajaan negeri mengeluarkan satu Warta Kerajaan atas arahan Tuan Yang di-Pertua, Tun Juhar Mahiruddin.

Warta yang diterbitkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong itu mengenai perkenan Tun Juhar membubarkan DUN pada 30 Julai 2020.

“Bahawasanya Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri.

”Maka oleh yang demikian saya, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya dengan ini mengiustiharkan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke Lima Belas pada 30 haribulan Julai 2020,” memetik kenyataan di dalam warta tersebut.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini mengumumkan pembubaran tersebut bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Mohd Shafie, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, berkata beliau akan menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri sepanjang tempoh pembubaran.

Untuk rekod DUN Sabah ketika ini mempunyai 65 kerusi termasuk lima Adun yang dilantik.

Sementara itu, bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman memuatnaik foto di Facebook bagi menunjukkan dirinya mempunyai jumlah Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Foto itu menunjukkan Musa dan para Adun Sabah, memegang kertas bercetak nombor 1 hingga 33.

Musa turut menyatakan pihaknya bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya negeri yang bakal berlangsung.

“Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat