UMNO Terbuka Terima Muhyiddin – Khaled Nordin

- Advertisement -

PASIR GUDANG: UMNO sentiasa terbuka untuk menerima semula Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam parti itu jika beliau berminat untuk kembali.

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, “Walaupun belum dibincang, UMNO sepatutnya tiada masalah menerima kerana Sebelum ini beliau dipecat bukannya membuat lompatan meninggalkan UMNO”.

“Ahli-ahli melompat parti mereka buat pilihan sendiri untuk keluar Umno. Oleh itu, jika hendak masuk UMNO, mereka akan melalui proses berbeza.

“Kalau semua sama, jenis suka lompat ini dia ingat boleh masuk balik. Daripada sejarah, orang yang suka lompat, dia memang suka lompat,” katanya memetik laporan Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan supaya Muhyiddin kembali ke pangkuan Umno setelah perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan disokong Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Malah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini juga pernah berkata, parti boleh mengubah keputusan pemecatan Muhyiddin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti itu..

Muhyiddin adalah Timbalan Presiden Umno sebelum dipecat dan beliau kemudian mengasaskan Bersatu.

“Ia bukan hanya melibatkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno). Seperti sebelum ini, terdapat suara-suara supaya kita sentiasa melihat dan mengkaji serta mengukur di mana kedudukan Umno dalam PN,” katanya.

Mohamed Khaled menambah, Umno masih berpegang kepada persetujuan sebelum ini iaitu PN merupakan gabungan ahli-ahli Parlimen daripada parti tertentu untuk menjayakan kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat