‘Tak perlu lelaki sara hidup saya’ – Fatin

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Fatin Afeefa, 26, tidak berminat untuk kembali berumah tangga, buat masa ini. Baginya, perkahwinan menuntut pengorbanan.

Sungguhpun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang masih kecil tanggungjawab berat yang harus dipikul, namun Fatin gembira dengan kehidupan solo kerana dapat memberi sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan anak.

“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.

“Ramai peminat menyuruh saya berkahwin, tetapi saya tak akan berkahwin untuk memuaskan hati orang. Jika bahagia tidak mengapa. Kalau merana, saya juga yang tanggung nanti. Jadi, tak perlulah saya mengikut kehendak sesiapa,” katanya yang ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta produk selipar, Havaianas.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Kehidupan Fatin Afeefa lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, enggan menambah sakit kepala sekiranya dikurniakan zuriat apabila berkahwin lagi. - Foto IG Fatin Afeefa
Kehidupan Fatin Afeefa lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, enggan menambah sakit kepala sekiranya dikurniakan zuriat apabila berkahwin lagi. – Foto IG Fatin Afeefa

Justeru, katanya, dia enggan menambahkan sakit kepala sekiranya dikurniakan zuriat lagi. Bagaimanapun, ia mungkin hanya akan difikirkan semula apabila usia mencecah usia 35 tahun.

Jelas Fatin, dia tidak akan berkahwin semata-mata untuk menepis gosip yang dikaitkan dengannya.

“Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak cakap. Saya tak tidak perlukan lelaki dalam hidup. Walau tanpa kehadiran lelaki sekali pun, saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri.

“Jangan dekati saya kerana tak suka orang mendekati. Jika ada yang mengatakan saya ‘high maintenance’, saya tidak suruh pun orang jaga saya.

“Saya hidup mewah sebab saya bekerja. Saya mempunyai beberapa kontrak jangka masa panjang, jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlukan lelaki tanggung saya,” katanya.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Cindai itu berkata, dia sentiasa berjimat cermat untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

“Sebelum membeli sesuatu, saya ukur baju di badan sendiri. Jika mampu, saya beli tetapi, tidaklah semua benda mampu dimiliki. Katakan saya mahu beg tangan, saya akan kumpul duit menerusi dua tiga projek kerja yang dibuat. Ada duit lebih, saya akan simpan.

“Jika ada pihak yang sangsi dengan kemewahan yang dimiliki, saya boleh mengemukakan resit pembelian,” katanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Juvana, Adam Shahz pada 2013, sebelum berpisah kira-kira empat tahun lalu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...