Taylor Swift buang ‘the’

- Advertisement -

PENYANYI Taylor Swift memutuskan untuk membuang perkataan ‘the’ pada logo barangan cenderahati sempena album terbarunya Folklore selepas didakwa menciplak logo jenama baju dalam talian, The Folklore.

Menurut jurucakap Swift, belum ada sebarang unit cenderahati dikeluarkan menggunakan logo berkenaan dan keputusan itu dibuat demi menghormati permintaan pemilik jenama berkenaan iaitu Amira Rasool.

“Kami sudah peka terhadap aduan mengenai penggunaan spesifik perkataan ‘the’ untuk cenderahati album Folklore dan ambil berat mengenainya. Belum ada sebarang cenderahati menggunakan logo itu dihasilkan ataupun dikeluarkan.

“Sebagai bukti murni, kami menghormati permintaannya dan serta-merta memaklumkan kepada semua yang sudah membuat tempahan cenderahati logo asal itu bahawa mereka akan menerima barangan dengan rekaan logo berbeza,” katanya.

Terdahulu, Rasool menaikkan isu itu di Twitter menyatakan kekecewaannya terhadap Swift menggunakan logo yang sama dengan jenamanya. Malah, ramai yang bertanya sama ada dia menjalin kerjasama dengan Swift atau sebaliknya.

Berikutan keputusan terbaru Swift itu, Rasool memuji pasukan penyanyi terbabit namun masih akan adakan perbincangan dengan mereka mengenai konflik terbabit.

“Terima kasih atas sokongan semua. Saya baca semua mesej anda dan sangat menghargainya.

“Pasukan Taylor Swift mengambil langkah pantas yang sangat bagus dengan membuang perkataan ‘the’ dari semua cenderahati mereka. Kami kini dalam perbincangan dengan pasukannya mengenai langkah perlu untuk memperbetul perkara itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat