Shafie Umum Bubar DUN Sabah

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...

#PRNSabah : PBS Setia Dengan GRS, Nafi Sertai Warisan Plus

KOTA KINABALU- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyanggah dakwaan kononnya parti itu akan bergabung dengan Warisan Plus bagi membentuk kerajaan negeri. Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston...

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah mendapat perkenan Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pagi tadi.

Dalam sidang akhbar tergempar yang diadakan sebentar tadi Shafie menyatakan beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Tun Juhar Mahiruddin ketika mengadakan perjumpaan lewat malam tadi.

Menurut Shafie sebagai seorang ketua menteri beliau mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama bagi membubarkan DUN.

Bagaimanapun terserah kepada budi bicara Tuan Yang Terutama untuk menerima cadangan tersebut atau sebaliknya.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

Sementara itu belas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan akan turut mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu pada 12 tengah hari nanti.

Terdahulu, Musa ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu, mendakwa memiliki majoriti sekaligus mengantikan kerajaan pimpinan Shafie.

Pada sidang media itu turut kelihatan beberapa Adun Warisan hadir yang menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan ADUN yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat.

Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

 

Berita Lanjut Menyusul

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...