Panggung wayang pandu masuk buat pencinta filem

- Advertisement -

“Idea untuk merealisasikan panggung wayang pandu masuk ini hanya terbit selepas kita berdepan normal baharu. Kami tahu banyak industri yang terjejas dan projek ini adalah antara inisiatif menjana ekonomi semula.

“Semestinya ia akan memberikan pengalaman baharu buat pencinta wayang yang ingin kelainan. Bahkan, ia boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat baik keluarga, pasangan, mahupun kanak-kanak.

“Pengalamannya pasti berbeza memandangkan pilihan filem yang kami tayangkan adalah terkini dan terbaik. Selain itu, persekitarannya sesuatu yang baharu dan lebih intimasi,” katanya.

Bersempena pelancaran itu, filem yang baharu dilancarkan di seluruh dunia berjudul Legacy Of Lies menjadi filem sulung ditayangkan secara perdana di acara itu.

ORANG ramai menyaksikan tayangan filem di dalam kereta  pada Pelancaran  'M-Junction Drive In Cinema' di Matic Jalan Ampang . FOTO Saifullizan Tamadi
ORANG ramai menyaksikan tayangan filem di dalam kereta pada Pelancaran ‘M-Junction Drive In Cinema’ di Matic Jalan Ampang . FOTO Saifullizan Tamadi

Berkongsi lanjut, Arvin berkata, pilihan judul yang bakal ditayangkan pastinya filem pecah panggung terkini dan juga judul lama.

“Untuk pilihan filem ditayangkan, kami memilih judul filem baik antarabangsa dan tempatan yang terbaik. Untuk itu, kami turut membuat kajian dan meneliti judul mana yang berbaloi disajikan kepada penonton,” katanya.

Sementara itu, pengarah MD Events Asia, Jack Gill tidak menafikan isu cuaca seperti hujan bukan halangan utama untuk mengganggu keseronokan pengalaman itu.

“Kami akui aspek cuaca menjadi kerisauan ramai namun ia bukan masalah besar disebabkan penonton akan berada dalam kereta. Kami janjikan kualiti skrin yang terbaik untuk mereka keselesaan.

“Penonton juga kami galakkan untuk menutup enjin kereta demi persekitaran yang mesra alam. Kami bekalkan pembesar suara serta kipas angin kepada setiap kereta sewaktu filem ditayangkan.

Berlangsung selama tiga bulan, penjualan tiket sudah mula dibuka berharga RM99 untuk setiap kereta dengan maksimum dua penonton. Pakej VIP pula berharga RM159 di mana makanan turut disediakan dengan setiap tiket.

Waktu operasi tayangannya adalah pada jam 6 petang untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada jam 9 malam. Maklumat lanjut pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web www.mjunction.my.

PELANCARAN  'M-Junction Drive In Cinema' di Matic Jalan Ampang . FOTO Saifullizan Tamadi
PELANCARAN ‘M-Junction Drive In Cinema’ di Matic Jalan Ampang . FOTO Saifullizan Tamadi

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat