Giliran Siti Nordiana bikin konsert

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Andai semua perancangan lancar, penyanyi Siti Nordiana bakal mengikut jejak penyanyi dan pemuzik lain mementaskan konsert solo berskala besar, selaras fasa peralihan endemik dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sektor kreatif.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana memberitahu, konsert solo pertamanya itu adalah untuk meraikan dua dekad pembabitan dalam dunia seni.

“Pengurusan Nana sudah berbincang dengan penaja berpotensi untuk menganjurkan konsert solo pertama.

“Nana sangat teruja kerana impian mementaskan konsert solo hampir tercapai. Sebelum ini, Nana pernah mengadakan konsert,

namun, bersama Alif Satar.

“Doakan semoga semuanya lancar dan impian Nana menghiburkan peminat dalam konsert berskala besar terlaksana,” katanya kepada BH Online.

Mengenai lokasi konsert, penyanyi lagu bersuara lantang ini berkata, besar kemungkinan persembahan dipentaskan di premis berprestij, Istana Budaya (IB).

“Sudah menjadi impian Nana untuk menganjurkan konsert di IB kerana ia lebih intim. Kita jangka konsert itu dianjurkan, November depan,” katanya.

 

Sudah menjadi impian Siti Nordiana untuk menganjurkan konsert di IB kerana ia lebih intim dan dijangka konsert dianjurkan, November depan. – Foto IG Siti Nordiana

 

Berkongsi mengenai pengisian konsert, Siti Nordiana mahu berkongsi perjalanan dan kisah suka duka dirinya mencipta nama sebagai artis serba boleh.

“Peminat akan tahu perjalanan hidup Nana dari zaman kecil hinggalah sekarang.

“Berikutan koleksi lagu Nana banyak berkonsep ‘jiwang’ (balada), Nana mahu untaian seumpama itu menyentuh emosi mereka,” katanya.

Siti Nordiana ditemui ketika menjayakan Konsert Jom Heboh di Anjung Floria, Putrajaya, Sabtu lalu.

Pada malam itu, pemenang trofi Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini mendendangkan tujuh lagu.

Lagu yang menggamit nostalgia penonton itu adalah Terus Mencintai, Seribu Setia, Paling Comel, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Angkara, Cinta Hanya Sandaran dan Hatiku Milikmu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat