Emma Maembong tak mahu ‘kurung’ anak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Emma Maembong, 30, suka membawa anaknya Shariq Gabriel yang berusia satu tahun ke mana-mana kerana enggan anaknya menjadi anti-sosial dan kurang bergaul.

Bagi Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, bahaya itu ada di mana-mana termasuk rumah. Justeru dia tak mahu anaknya terkurung saja tanpa mengenal dunia.

“Memang saya tahu banyak juga netizen kecam dan persoal kenapa bawa anak pergi set. Tapi nak sorok dia dekat mana? Sama juga kalau pergi taman pun bahaya.

“Saya ada bawa dia ke taman dengan anak-anak buah. Alhamdulillah, dia okey saja, tak sakit, walaupun selepas itu anak-anak buah saya yang lain jatuh demam pula.

“Kita sorok anak dalam rumah pun, boleh dapat Covid-19 juga. Memang sebagai ibu, saya tak nak benda sebegitu berlaku. Selain mahu pastikan sistem imun dia kuat, nak dia biasa dengan dunia,” katanya.

Pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa itu bersyukur Shariq juga tiada masalah berada di luar. Itulah yang Emma mahukan, anaknya membesar secara normal.

“Kalau kurung anak kita, mereka tak biasa dengan dunia. Sebab itu anak saya pun sudah okey dengan orang, tak nangis.

“Saya memang nak anak saya membesar dengan normal. Saya tak nak dia tak biasa dan pantang didekati orang. Saya bagi dia bergaul, borak,” katanya.

Emma juga mengakui sangat menjaga rapi pemakanan anaknya. Menurutnya dia sangat mementingkan anaknya itu memiliki imunisasi yang kuat.

“Apa saya buat untuk bagi sistem imun dia kuat adalah bagi makan sayur, buah-buahan, memang pemakanan saja cara terbaik saya jaga dia sebab masih budak. Makanan sebegitu saja boleh tolong,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat