Sejuta ‘Fleet Card’ tersedia kepada syarikat pengangkutan menerusi SKDS2.0, mekanisme ditentukan MOF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebanyak sejuta stok ‘Fleet Card’ tersedia bagi syarikat pengangkutan darat barangan untuk dimohon menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata inisiatif itu antara langkah dilaksanakan lima syarikat minyak utama yang terbabit dalam pelaksanaan sistem berkenaan.

Katanya, jumlah itu disasarkan untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 dan dijangkan memanfaatkan kira-kira 410,000 kenderaan.

“Hari ini kita dapat komitmen daripada syarikat minyak, mereka menyediakan stok Fleet Card sebanyak sejuta, jadi ini bermaksud syarikat minyak akan sentiasa mempunyai bekalan sebaik sahaja permohonan dibuat,” lapor BH di Putrajaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Terbuka SKDS 2.0.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Ujarnya, penetapan harga bahan bakar sama ada diapungkan atau menggunakan mekanisme lain, akan diumumkan apabila tiba masanya.

“Perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya oleh Kementerian Kewangan kerana tanggungjawab kita di KPDN adalah untuk mengawal selia SKDS (Sistem Kawalan Diesel).

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun sudah memaklumkan kita akan melaksanakan penyasaran ini, tidak ada lagi subsidi secara pukal, sebaliknya diberikan secara bersasar, jadi dari segi harga dan bila, insya-Allah akan diumumkan kelak oleh Menteri Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bentuk kawalan harga bahan bakar itu atau ia akan diapungkan selepas pelaksanaan subsidi secara bersasar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat