Man Utd berhentikan kakitangan secara besar-besaran?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kakitangan yang tiada kaitan mengenai bola sepak di Manchester United dijemput untuk memberikan jawapan mengenai hala tuju pekerjaan masing-masing melalui emel kelab itu semalam.

Juara Piala FA Inggeris itu memberikan masa selama tujuh hari untuk membuat keputusan sukar sama ada mereka ingin meneruskan kerjaya di situ atau tidak.

Tawaran tersebut sedikit sebanyak memberikan impak yang berbeza kepada sedang bekerja di pusat latihan Carrington, Manchester.

Berikutan berita itu, pekerja di situ menganggap pihak pengurusan mahu mengurangkan jumlah pekerja dan ingin menjimatkan kewangan walaupun kelihatan seperti program pemberhentian secara sukarela.

Manchester Uniteds entire non-football staff have been invited to take redundancy in an email sent across the club on Tuesday afternoon, according to The Athletic
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 29, 2024

Jika mereka tidak memutuskan sebarang jawapan, maka ia dianggap sebagai peletakan jawatan secara serta merta.

Ini kerana, pemilik dari Ineos, Jim Ratcliffe, mendakwa The Red Devils mengalami kerugian hampir 42 juta pound daripada keseluruhan operasi.

Lebih daripada 1,000 pekerja akan diberhentikan demi memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA), selain mahu memantapkan pasukan bermula musim depan. -Stadium Astro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat