Isu suami Hannah Yeoh dapat projek cuma optik tapi bukan benda haram – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh cuma berdepan masalah optik namun ia bukanlah tindakan yang melanggar undang-undang mahupun haram.

Mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan ini, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, masalah optik ini dapat ditangani sekiranya pihak terkait bijak mengurus penjelasan yang menegaskan bahawa tiada konflik kepentingan yang wujud dalam pemberian kontrak DRT ini.

“Ini cuma isu optik – ia bukan satu kesalahan, sebab Hannah Yeoh bukanlah orang yang terlibat dalam pemberian projek ini.

“Melalui apa yang kita baca, didapati bahawa projek ini melalui beberapa peringkat kelulusan. Yakni
yang pertama adalah kelulusan APAD, masalahnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu agensi di bawah seorang menteri dari DAP, Anthony Loke.

“Manakala penilaian setelah syarikat itu mendapat lesen daripada APAD itu dibuat Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Kerajaan Negeri Selangor yang mana Exconya adalah, Ng Sze Han juga dari DAP.

“Syarikat suami dari DAP mendapat kelulusan lesen daripada agensi di bawah kementerian DAP yang juga dinilai oleh jawatankuasa di peringkat kerajaan begeri oleh seorang Exco DAP jadi itulah isunya,” jelas Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Khamis.

Selain itu, beliau juga menggesa agar pihak terbabit tampil untuk menjelaskan kenapa ini bukanlah sebuah tender terbuka.

“Saya nampak Exco kerajaan negeri cuba, masuk akal kita nak terima daripada Request for Proposal(RFP) dan tak ramai syarikat yang buat operasi ini pun, maka tak ada konflik kepentingan.

“Jadi, optik ini perlu diurus dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu Khairy menjelaskan mengapa isu ini ‘bising’ ini adalah kerana pendirian yang diambil oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini iaitu ‘morally superior’.

“Antara pemimpin PH yang sangat sanctimonious dulu yang sangat suka mempamerkan kelebihan moral adalah Hannah Yeoh ia seolah -olah trademark beliau.

“Beliau pernah gambarkan BN tak bermoral, kroni kapitalisme dia menunjukkan watak yang morally superior jadi bila benda ni jadi kat dia sebab itulah reaksi orang sokong PN, PH agak keras terhadap dia,” jelas Khairy.

Beliau turut menambah, kita kena terima hakikat pasangan orang politik ini juga mungkin terlibat dalam perniagaan.

“Ada pandangan yang ekstremyang mengatakan bahawa sama ada suami kepada Hannah iaitu Ramachandran perlu melepaskan pegangannya dalam syarikat ataupun Hannah Yeoh sendiri perlu letak jawatan.

“Saya rasa itu sangat ekstrem kalau begitu dan tidak adil kepada mereka dan dalam hal ini saya rasa benda ini bukanlah benda yang illegal cuma masalah utamanya ialah dia tak berpaksikan kepada mana-mana code of ethics ataupun code of conduct.

“Misalnya pasangan kepada orang politik yang ada jawatan ni mestilah mengisytiharkan kepentingan mereka dalam apa-apa syarikat terutamanya syarikat yang mengendalikan urusniaga dengan kerajaan sama ada kerajaan negeri atau Persekutuan.

“Manakala pasangan dia yang menjadi ahli politik tidak boleh terlibat dalam apa-apa keputusan sama ada keputusan secara langsung atau tak langsung.

“Sebagai contoh banyak kali dalam Jemaah Menteri di mana menteri ini masa saya dalam kerajaan keluar dari bilik apabila ada memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam keputusan atau ada kepentingan dalam keputusan jemaah menteri dan perkara ini biasa dan diminitkan dalam minit mesyuarat.

“Jadi memang jelas dia keluar dari bilik dan sentiasa dipraktikkan cuma perlu diuar-uarkan dan perlu dirasmikan code of conduct ini atau lebih kepada amalan yang mungkin ada tak diketahui orang ramai,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat