Perginya Seorang Pejuang Islam Terbilang- Tan Sri Dr Harussani Zakaria

- Advertisement -

IPOH – Tokoh Islam terkemuka negara dan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sebentar tadi, setelah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan koronavirus 2019 (Covid-19) sejak minggu lalu.

Allahyarham yang berusia 82 tahun dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu meninggalkan balu Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon binti Abdul Ghani dan 4 orang anak.

Harussani dianggap antara pakar rujuk Islam tempatan yang sentiasa  dihormati dan disanjungi oleh rakyat mula menjadi mufti Perak sejak 1985.

Anak bongsu kepada pasangan Hj. Zakaria b. Hj. Osman dan Hjh. Zainab bt. Jalaluddin ini dilahirkan pada 8 April 1939 di Kg. Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak, dan meendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Kedah, Parit Buntar.

Harussani kemudiannya menyambung pengajian di Anglo Chinese School, Parit Buntar. Atas takdir Allah, beliau kemudiannya bertekad untuk menyambung pengajian di Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak, dari tahun 1956 hingga 1959.

Perjalanan beliau sebagai cendekiawan Islam bertambah nyata apabila menyambung pengajian agama beliau di Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor dari tahun 1959 hingga 1960. Beliau kemudianya menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya (KIM), Klang, Selangor dari tahun 1960 hingga 1964.

Menarikanya sebaik menamatkan pengajian di KIM, Harussani telah diterima bekerja sebagai penterjemah di unit Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1964 hingga 1967.

Selepas berhenti daripada unit Cawangan Khas, allahyarham menjadi guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang selama 3 bulan, sebelum menjawat jawatan sebagai Kadi di Jabatan Agama Pulau Pinang bermula 2 November 1967 hingga 1973.

Ekoran khidmat cemerlang beliau sebagai Kadi, Harussani kemudiannya dilantik sebagai Kadi Besar dari 1973 hingga 1985.

Beliau juga turut dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah 2008.

Antara anugerah yang pernah diperolehi oleh Harussani ialah Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 1986 (yang membawa gelaran Dato’), Seri Paduka Mahkota Perak, 1999 (yang membawa gelaran Dato’ Seri), Darjah Kehormat Doktor Syariah, 2001 (yang membawa gelaran Dr.), dan Panglima Setia Mahkota, 2009 (yang membawa gelaran Tan Sri).

Dalam bidan penyelidikan dan penulisan Allahyarham telah menghasilkan Irsyad Hukum (yang menyentuh persoalan hukum semasa), Muamalah Hidup Islam (iaitu kompilasi 13 tajuk kertas kerja), Syaitan Musuh Insan, Hukum-Hukum Perkahwinan, Amalan di Bulan Ramadhan Mengikut al-Quran dan as-Sunnah, Rukyah dan Hisab, dan Ibadah Qurban.

Harussani juga banyak menulis kertas kerja. Antara tajuk kertas kerja beliau ialah Peranan Da’i Menuju Ke Wawasan 2020, Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam di Malaysia, Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Nikmat, Baitul Mal, Zakat dan Wakaf, : Hukum dan Pelaksanaan, Islam dan Cabaran Masa Kini, Dakwah Masa Kini dan Cabarannya, Pemindahan Ginjal, dan Peranan dan Tanggungjawab Ulama’.

Di kalangan orang Oslam negara ini Harussani adalah seorang yang tegas dalam pendiriannya. Ketegasan beliau dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam  tentang isu murtad, Sure Heboh, Majlis Perundingan Antara Agama, kongsi raya, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, dan  hukuman sebat ke atas pesalah wanita sangat dihargai.

Sumbangan yang begitu besar yang telah dicurahkan Harussani kepada agama, bangsa, dan negara telah membuka mata Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam kepada allahyarham pada istiadat konvokesyen UPSI kali yang ke-12 (2010).

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat