Video: Menteri Langgar Arahan Perintah Kuarantin

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilaporkan melanggar arahan perintah kuarantin yang telah ditetapkan.

Melalui satu klip videp yang dimuatnaik blog foto Minaq Jinggo semalam, Mohd Redzuan dilihat mengadakan perjumpaan bersama bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Turut kelihatan di dalam perjumpaan tersebut adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Mohd Redzuan sebelum ini menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu lalu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Mohd Redzuan dan semua yang hadir di dalam mesyuarat tersebut perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Terdahulu sumber rapat parti itu memaklumkan kepada SuaraTV seorang menteri dari Bersatu akan mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mengumumkan perletakan jawatan.

Ia disusuli dengan jemputan media dari kem pro-Pakatan Harapan dalam Bersatu berhubung sidang akhbar yang akan hadiri Mohd Redzuan dan Dr Shahruddin.

Bagaimanapun lewat petang semalam Pejabat Menteri menafikan mengenai sidang akhbar khas tersebut melalui satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam atas alasan Mohd Redzuan sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak pejabat menteri.

“Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin,” memetik kenyataan tersebut.

Sekiranya Redzuan dan Shahruddin menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional, ini akan mengakibatkan parlimen digantung.

PN akan hanya mempunyai 111 MP. Begitu juga Dr Mahathir Mohamad dan PH yang mempunyai jumlah sokongan sama. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat