Lagi Menjadi Arwah Dek Pemandu Disyaki Mabuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes kematian akibat kemalangan berpunca dari pengambilan alkohol ketika memandu di negara ini, seakan tidak ada noktah bila seorang pembonceng motosikal maut manakala penunggangnya parah dilanggar seorang pemandu yang dipercayai mabuk, di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan menghala pusat bandar, hari ini.

Muhammad Khairul Anwar Abdul Hamid, 42, mati di tempat kejadian, manakala Hamdi Ismail, 30, cedera parah dan berada di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, melibatkan pekerja sebuah syarikat kurier, yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Pemandu kereta dalam kejadian itu merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun, yang juga merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, pemandu itu tidak cedera dan siasatan awal mendapati dia hilang kawalan ketika memandu, seterusnya melanggar motosikal mangsa.

Beliau berkata, ujian kandungan alkohol ke atas pemandu mendapati lelaki terbabit berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi ketika memandu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kerajaan tidak boleh bertangguh dalam meminda undang-undang berkaitan untuk mengurangkan kemalangan akibat mabuk semasa memandu ini dari berterusan. Ia juga demi memberi keadilan kepada mereka dan keluarga mereka yang menjadi mangsa – sumber BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat