Dah Macam Ini Pun Masih Tak Berpecah Lagi?

- Advertisement -

iKUT logik akal yang kita semua faham, apa yang berlaku dalam sebuah parti pembangkang hari ini, sudah tentulah menunjuk kepada perpecahan.

Satu pihak dalam kerajaan, satu pihak lagi sokong pembangkang – kalau ini bukan perpecahan, apa yang layak dipanggil untuknya?

Tapi menurut seorang bekas pemimpin parti itu yang telah dipecat dari jawatannya (tapi mendakwa masih pemegang jawatan yang sah) kepada sebuah akhbar, parti itu tidak berpecah!

Katanya, “Tidak wujud dua puak dalam (parti tersebut). Ini semata-mata berniat jahat. Masalah antara Tun (bekas Pengerusi) dan Tan Sri (Presiden parti) boleh diselesaikan.”

Pening. Macam mana satu pihak dalam kerajaan dan satu pihak lagi dalam pembangkang boleh dikatakan tidak berpecah?

Tuduh pulak yang berkata demikian sebagai berniat jahat lagi, berniat jahat macam mana pulak?

Berpecah la ni, apa yang susah sangat nak terima hakikat itu? Benda senang saja pun, buat apa nak berbelit-belit?

Isu berkaitan keabsahan pemecatan yang menjadi pertikaian dan sebagainya ini harus diselesaikan oleh pihak penguasa – Pendaftar Pertubuhan, bukan oleh pihak yang bertelagah.

Macam laki bini nak bercerai la, Kalau dah tak boleh selesai sesama sendiri, jawabnya pergi ke Mahkamah Syariah untuk diputuskan. Ini common sense.

Sehingga itu berlaku, fakta yang tidak berubah ialah sudah wujud 2 kem dalam parti itu (satu sokong kerajaan, satu sokong pembangkang), 5 orang pemimpin parti itu yang duduk belah pembangkang sudah dipecat oleh pihak yang duduk belah kerajaan.

Disamping itu wujud pertikaian tentang keabsahan pemecatan itu dan dengan itu, selamatlah dikatakan perpecahan memang sedang berlaku.

Apa pun nak maklum kepada rakyat di luar sana,inilah rupanya politik. Hitam yang kita lihat, mungkin putih dimata orang lain. Yang penting, dalam pilihanraya yang akan datang, kesilapan Mei 2018 dahulu tidak lagi boleh diulangi atau keadaan sama berulang semula.

Nak jatuh dalam lubang yang sama berapa kali kita ni? Sudah-sudahlah tu.

Kita perlu kepada kerajaan yang stabil, kerjasama politik yang kukuh – bukan sahaja yang nampak di depan, tapi yang tak kelihatan di belakang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat