Kerajaan sibuk usahakan pembenihan awan, Kementerian Pelancongan membazir buat pesta air – Akmal desak PM batalkan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan penganjuran Water Music Festival yang dijadual berlangsung 1 hingga 3 Mei ini di Bukit Bintang kerana dianggap membazirkan air.

Akmal mengingatkan usaha gigih kerajaan melaksanakan pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, sedangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sibuk buat pesta air yang jelas-jelas membazirkan air.

“Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini atas alasan dasar penjimatan,kami boleh terima walaupun tujuan rumah terbuka itu boleh menjamu rakyat makan dan memberi rezeki kepada vendor-vendor makanan yang lain.

“Tetapi persoalan saya kepada PM kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali? Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka?

“Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini? Adakah pesta air ini tidak membazirkan air?

“Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air,tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air,” bidas Adun dan Exco Melaka itu.

Dalam pada itu beliau juga bertanya juga kepada Menteri Agama,apakah pendirian Menteri Agama dan Mufti Wilayah tentang pesta air ini.

“Mohon PM batalkan lah pesta air ni.

“Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan.

“Buang sahaja lah Menteri Pelancongan ni wahai PM,” seru Akmal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat