Kapal China halau kapal Filipina di Scarborough Shoal

- Advertisement -

BEIJING- Pengawal pantai China semalam mendedahkan, mereka ‘mengusir’ sebuah kapal pengawal pantai Filipina dan sebuah lagi kapal dari perairan berdekatan dengan Scarborough Shoal, lapor media negara China.

Pengawal pantai itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat tambahan, lapor penyiar media negara China CCTV.

Namun ia dilihat sebagai insiden terbaharu yang berlaku di antara kedua-dua negara terhadap pulau cincin yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Beijing dan Manila sebelum ini berulang kali bertelagah dalam beberapa bulan kebelakangan berhubung isu terumbu karang itu, yang dikatakan Filipina, ia berada dalam zon ekonomi eksklusifnya tetapi juga didakwa China sebagai miliknya, lapor Reuters.

Kedua-duanya juga saling tuduh menuduh berhubung gerakan agresif di situ dan Filipina baru-baru ini memanggil seorang diplomat China atas tindakan itu.

China dan Filipina sebelum ini juga berkata, mereka akan berkomunikasi dengan lebih baik dalam pertikaian di Laut China Selatan tetapi ketegangan meningkat baru-baru ini, terutama selepas Filipina menjalin hubungan diplomatik dan ketenteraan yang lebih kukuh dengan Amerika Syarikat (AS).

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, saluran untuk lebih AS$3 trilion (RM14.3 trilion) perdagangan perkapalan tahunan, termasuk di bahagian yang dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 berkata, tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat