Video: Lelaki Akur, Botak Rambut Gaya Pelik Kerana Sejuta Komen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang pemuda tidak menyangka cabarannya untuk mendapatkan sejuta komen di Facebook menjadi tular dan berjaya meraihnya dalam masa singkat.

Mohammad Rafiezulanwar Jaffri, 24, pada jam 10.50 pagi semalam memuat naik status mahu menggayakan potongan rambut pelik dengan membotakkan kepala di tengah dan hanya tinggal sebahagian rambut jika berjaya mendapat sejuta komen.

“Dapat 1M komen, aku akan potong rambut macam ni. Takkan dapat punya 1M komen tu,” catatnya.

Tidak sampai 24 jam, status pemuda dari Johor Baru itu itu tular dan mencapai sasaran daripada pengguna Facebook yang menyahut cabarannya di ruangan komen.

Bagi menunaikan janjinya, Rafiezulanwar pada pukul 10 malam tadi memuat naik rakaman secara langsung rambutnya digunting dan dicukur di bahagian tengah.

“Alhamdulillah, saya sudah tunaikan janji saya dengan izin Allah. Semua ini hanya sekadar hiburan.

“Terima kasih yang mendoakan, yang sentiasa positif,” katanya.

Rafiezulanwar turut berjanji untuk mengekalkan gaya rambut sedemikian sebagai memenuhi permintaan warga Facebook.

Facebook

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat