Ini Kriteria MP Lompat Parti – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan tiga perkara utama mengistilahkan seseorang Ahli Parlimen melompat parti, dalam draf pentadbiran Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti.

Pertama, beliau berkata, Ahli Parlimen itu dikira lompat parti apabila Ahli Parlimen terbabit yang memenangi pilihan raya, kemudian mengumumkan keluar parti politik dengan menyatakan menjadi ahli Bebas atau menyertai parti politik lain.

“(Kedua) Seorang Ahli Parlimen memenangi kerusi Parlimen tetapi dipecat oleh parti, juga dikirakan sebagai melompat parti. Ini bertujuan memastikan Ahli Parlimen patuh kepada perlembagaan dan peraturan serta disiplin parti.

“Parti yang memecat Ahli Parlimen akan berhadapan risiko kehilangan kerusi dan pilihan raya perlu diadakan semula,” katanya di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk John Ambrose, yang ingin tahu sejauh mana tindakan serta perancangan dirangka dalam melaksanakan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.

Wan Junaidi berkata, tindakan lompat parti itu juga membabitkan Ahli Parlimen Bebas yang memenangi kerusi ditandingi pada pilihan raya, namun mengumumkan menyertai mana-mana parti politik selepas kemenangannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat