STEM penuhi keperluan bakat masa depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics – STEM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM juga sentiasa memastikan murid pada hari ini dilengkapi dengan kemahiran
yang bersesuaian, termasuk pendidikan STEM agar mereka dapat memenuhi keperluan bakat masa hadapan.

Malah katanya, usaha pemerkasaan ini terus digiatkan walaupun dalam tempoh pandemik.

“Terkini, KPM telah memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera sebagai pemangkin pembentukan kemenjadian murid. Sekolahku Sejahtera merupakan satu konsep penerapan nilai murni dan amalan baik untuk diamalkan di semua sekolah dan institusi pendidikan tanpa mengira latar belakang lokasi ataupun jenis institusi.

“Antara elemen Sejahtera yang menyokong pemerkasaan STEM adalah elemen seronok, etika, empati, eksplorasi dan rasional.

“Penerapan elemen eksplorasi dapat membentuk murid yang mempunyai rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan,” katanya.

Radzi menambah, elemen eksplorasi yang diterapkan dalam pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan kecintaan murid kepada bidang STEM.

Murid juga ditekankan kepada peri pentingnya untuk mengambil kira aspek etika dan empati serta membuat keputusan yang rasional dalam penerokaan ilmu mereka, katanya.

Dalam pada itu kata beliau lagi, usaha berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam STEM dilaksana melalui pelbagai pendekatan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

“Antara pendekatan utama yang dilaksana dalam tempoh pandemik adalah menyediakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta prasarana yang berkualiti bagi menyokong proses PdP STEM.

“Bahan sokongan PdP ini juga boleh diakses oleh guru dan murid di Portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan repositori SumberKU.

“Selain itu, sewaktu pandemik, KPM menyiarkan program [email protected] di DidikTV KPM yang menekankan kepada penerokaan bidang STEM
melalui aktiviti hands-on,” jelasnya.

Radzi memaklumkan bermula tahun 2021, ujian amali sains bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan. Ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025; iaitu Memperkukuhkan Asas Pembelajaran STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM.

“Bagi menyokong kesediaan murid sebelum menduduki ujian amali sains, KPM telah menyediakan slot berkaitan amali sains di program DidikTV KPM.

“Selain itu, dalam tempoh pandemik, pelbagai program sokongan dan pengayaan turut dilaksana secara dalam talian bagi memperkasa
pendidikan STEM serta meningkatkan kesedaran murid, ibu bapa, komuniti dan orang awam terhadap kepentingan bidang STEM,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat