PAS Mahu Jadi Pendamai, Kekal Jadi ‘Jambatan’ Kerjasama UMNO, Bersatu

MUAR – Pas mahu terus kekal menjadi jambatan dalam usaha memastikan kerjasama antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas berharap ketiga-tiga parti dapat duduk berbincang untuk memastikan kerjasama penyatuan ummah diteruskan sekali gus mampu kekal menerajui kepimpinan negara.

“Kalau tidak dapat meneruskan kebersamaan dalam satu platform, sekurang-kurangnya dalam memenangkan ketiga-tiga parti untuk kerusi PRU15 sekali gus boleh menerajui negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Industri Buluh dan Majlis Pecah Tanah Ladang Buluh di Universiti Tun Hussein Onn Kampus Cawangan Pagoh di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020, Sabtu lepas yang meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sekalipun tidak dapat menyelamatkan kerjasama politik antara UMNO dan Bersatu, Pas akan cuba memastikan tidak berlaku perpecahan dalam ketiga-tiga parti sehingga berlaku pertembungan calon yang akan mendatangkan kerugian kepada kerjasama tersebut.

“Jadi Pas kekal sebagai pendamai, penyatu dan jambatan untuk menyatukan kedua-duanya,” kata beliau yang percaya kerjasama dan hubungan kedua-dua parti masih dapat diselamatkan.

Katanya, Pas bersama Bersatu menerusi Perikatan Nasional dan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional sampai pilihan raya… sampai tertubuhnya kerajaan baharu, insya-ALLAH. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Pasangan Kekasih Dalang Sindiket Edar Dadah Berjaya Ditumpaskan – Polis

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang didalangi sepasang kekasih tumpas selepas penahanan pasangan terbabit di sebuah kondominium di sekitar Puchong Jaya pada Jumaat...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...

2,078 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan,...