UMNO Tak Suruh Berhenti Sekarang, Tunggu Pilihan Raya Diumumkan – Shahidan Kassim

PETALING JAYA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan tidak timbul isu menteri, timbalan menteri mahupun pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meletakkan jawatan seperti dipolemikkan sesetengah pihak.

Malah ujarnya, tiada arahan diterima untuk pemimpin UMNO yang berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk bertindak sebegitu.

“Saya nak tahu arahan siapa, kenapa menteri kita nak berhenti? Sebab benda ini disebut (apabila) pilihan raya (kelak) bukan sekarang, kalau sekarang pasal apa nak berhenti?

“Tidak disuruh berhenti kecuali ada beberapa cabaran sana sini, tetapi tidak ada arahan untuk mereka berhenti. Beberapa suara sahaja, takkan 10 suara pemimpin itu jadi keputusan UMNO,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Malah tambah Ahli Parlimen Arau itu lagi, UMNO telah membuat keputusan agar pemimpin parti itu yang berjawatan dalam kerajaan PN terus berkhidmat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“UMNO dah buat keputusan, menteri akan ada di tempat mereka sehingga pilihan raya.

“Kita ini kadang-kadang melalut… ada pandangan itu, tetapi apa keputusan rakyat? Kena tanyalah negeri-negeri, ini kadang-kadang keputusan (itu) hanya di Kuala Lumpur atau Selangor, tapi Perlis lain,” kata Shahidan lagi.

Tegas Shahidan, jika tindakan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO yang berjawatan dalam kerajaan PN, ia akan menjejaskan imej parti itu terutamanya dalam kalangan rakyat.

Ia kerana jelasnya, rakyat ketika ini berdepan dengan kesukaran akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan bantuan daripada semua pihak terutama kerajaan dan bukannya ketegangan politik yang berlarutan. – Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Berita Berkaitan

Polis Panggil Suami Bekas Gabenor BNM Berkaitan Kes Dana 1MDB

PETALING JAYA - Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)...

Penghantar Makanan Grab Maut Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut petir di Taman Len Seng, Cheras, di sini...

KKM Kesan Dua Lagi Kes Covid-19 Varian UK B.1.17

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesan pertambahan dua kes Covid-19 varian UK B.1.17 yang menjadikan keseluruhan lima kes di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...