CPI berjaya ditingkatkan, SPRM bertekad teruskan usaha cegah, hapus rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan.

SPRM berkata, pencapaian Malaysia yang berjaya meningkatkan kedudukan ke tangga 57 daripada 180 negara yang dinilai dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023, bukti keazaman mereka dalam membanteras gejala itu.

Menurutnya, Malaysia berjaya memperoleh 50 mata berbanding 47 mata dicatatkan tahun lalu yang merupakan peningkatan mata buat pertama kali selepas jatuh secara berturut sejak 2019.

“Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan skor adalah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi oleh SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, walaupun SPRM selaku agensi utama bagi membanteras jenayah rasuah, pihaknya masih memerlukan kerjasama semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing.

Selain itu katanya, perlu ada iltizam politik untuk menambah baik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola bagi mencapai sasaran meletakkan Malaysia di kedudukan ke 25 menjelang CPI-2033.

Terdahulu, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan dilapor berkata, antara faktor yang mungkin menyebabkan lonjakan kedudukan CPI itu termasuk tindakan SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa ahli politik berprofil tinggi selain daripada kebebasan badan kehakiman.

Keputusan kajian itu menunjukkan skor Malaysia melonjak kepada 50 mata dalam 2023 pada skala daripada 0 (dilihat sebagai tersangat korup) hingga 100 (dilihat sebagai tersangat bersih), berbanding 47 mata dalam 2022.

Ranking Malaysia dalam CPI melonjak daripada 61 dalam 2022 kepada 57 pada 2023 daripada kajian ke atas 180 negara itu. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat