Tewas kepada Uzbekistan, Thailand gagal mara ke suku akhir Piala Asia

- Advertisement -

Harapan untuk menyaksikan wakil tunggal Asia Tenggara beraksi di suku akhir Piala Asia Qatar 2023 tidak kesampaian apabila Thailand tunduk 1-2 di tangan Uzbekistan sebentar tadi.

Pertembungan peringkat 16 terakhir di Stadium Al Janoub itu menyaksikan Uzbekistan mendominasi babak pertama dengan membuka jaringan menerusi Azizbek Turgunboev pada minit ke-37.

Thailand yang melakukan penampilan ke lapan di pentas tertinggi Asia tidak berputus asa apabila berjaya memadam kelebihan Uzbeksitan di separuh masa kedua menerusi pemain tengah, Supachok Sarachat m-58.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, Uzbekistan kembali memperkemaskan permainan dan kembali berada di hadapan menerusi Abbosbek Fayzullaev m-65.

Menyedari peluang ke suku akhir semakin hampir dimiliki Uzbekistan, skuad kendalian Srecko Katanec itu lebih banyak membuang masa permainan dengan melakukan simulasi ketika Thailand lebih mendominasi di penghujung perlawanan.

Gol kedua Abbosbek memastikan kemaraan Uzbekistan ke suku akhir.

Thailand sebelum ini mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas seri tanpa jaringan menentang juara tiga kali Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan F.

Skuad bimbingan Masatada Ishhii dari Jepun muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang tidak meloloskan sebarang gol di peringkat kumpulan bersama tuan rumah Qatar.

Aksi Uzbekistan-Thailand diadili pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Muhammad Nazmi dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Sebelum ini, Indonesia dibelasah Australia 0-4 di pusingan kalah mati, manakala Malaysia dan Vietnam sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat