Ugut bunuh PM, pemandu lori menangis dihukum penjara 6 bulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori menangis selepas dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran di media sosial untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Faizal Mohamad, 35, yang dituduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) untuk menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, Faizal didakwa melalui aplikasi Tik Tok “@jaidani89” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Julai 2023.

Hantaran itu kemudian dibaca pukul 12 tengah hari pada 26 November 2023 di sebuah premis di Jalan Tong Shin di sini, lapor Utusan.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta serupa.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyana Nor Azmal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKS kerana tindakan pemandu lori itu tidak wajar apatah lagi bersifat mengancam.

“OKS seharusnya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan dengan satu hukuman setimpal mampu memberikan pengajaran kepada OKS dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama,” kata Nurilya Ellyana

Bagaimanapun, OKS yang tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda kerana mempunyai tanggungan dua anak berusia tujuh dan lapan tahun.

“Saya baru dapat kerja dengan gaji RM2,000. Saya tanggung dua anak yang masih sekolah serta seorang ibu,” katanya.

Pada 26 November tahun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video di TikTok yang menawarkan habuan RM5 juta kepada individu yang membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang berjalan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat