PRN Johor: Seramai 2.5 juta pengundi biasa layak mengundi

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti bakal menyaksikan seramai 2.576 juta pengundi biasa layak mengundi.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi biasa tersebut adalah daripada keseluruhan jumlah pengundi yang berjumlah 2.599 juta di mana 10,958 adalah pengundi awal dikalangan anggota tentera dan pasangan, manakalah 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.

Disamping itu, seramai 376 orang pengundi dikategorikan pengundi tidak hadir luar negara. Jumlah tersebut meliputi ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Memetik BERNAMA, Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my., aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian 03-88927018.

SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat