Pejabat Nik Nazmi kosong, Chegubard belum terima Surat Tuntutan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Bersatu, Badrul Hisham Shaharin memaklumkan kunjungan beliau ke Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ‘hampa’ apabila pejabat menteri kosong.

Chegubard menegaskan sehingga hari ini beliau masih belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kenyataannya didakwa berunsur fitnah membabitkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Badrul Hisham berkata, beliau dimaklumkan sendiri seorang pegawai kementerian bahawa surat tuntutan itu sudah dihantar menerusi pos hari ini.

“Hari ini, pegawai kementerian yang turun, bukan pegawai pejabat menteri, saya dimaklumkan dan terkejut, pejabat menteri kosong, tak ada orang yang boleh berurusan.

“Nik Nazmi maklumkan kepada pegawai kementerian, mereka kata dah hantar hari ini melalui pos berdaftar, maknanya baharu nak hantar. Wahai Nik Nazmi cukup-cukuplah menipu kata sudah serah,” katanya.

Menurut Chegu Bard, beliau sedia menerima LOD terbabit dan tidak gentar dengan surat tuntutan berkenaan.

“Semalam saya dimaklumkan kerana dikatakan menteri kata dia dah bagi LOD kepada saya, malah saya buat carian di internet dan jumpa kenyataan rasmi menteri kata dah serah kepada Chegu Bard cuma saya tak tahu Chegu Bard yang mana yang dia serah.

“Jadi saya buat keputusan, saya hantar mesej kepada menteri dan hadir sendiri ke pejabatnya untuk terima sendiri surat tuntutan berkenaan, tetapi masih tidak terima (LOD),” katanya lapor BH di Putrajaya pada Jumaat.

Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerusi peguamnya menyerahkan LOD kepada Badrul Hisham supaya menarik balik serta-merta dan memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya berunsurkan fitnah membabitkan projek RTB.

Nik Nazmi memaklumkan surat tuntutan terbabit sudah diserahkan kepada Badrul Hisham berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan oleh aktivis itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat