Duta Besar Malaysia Ke Bahrain Serah Watikah Pelantikan Kepada Raja Hamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran menyampaikan watikah pelantikannya kepada Raja Hamad Isa Al Khalifa pada Selasa.

Kedutaan Besar Malaysia di Bahrain dalam satu kenyataan hari ini berkata semasa majlis itu, Shazryll menyatakan komitmennya untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada, mempergiatkan lagi kerjasama dan meneroka peluang ekonomi, perdagangan dan pelaburan baharu antara kedua-dua negara.

Beliau turut menyampaikan ucapan salam daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Raja Hamad, kerajaan dan rakyat Bahrain.

“Raja Hamad mengalu-alukan komitmen itu dan turut menzahirkan harapan agar kerjasama antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan demi kebaikan bersama,” kata kenyataan itu.

Menurut kedutaan, Shazryll memulakan kerjaya diplomatiknya di Kementerian Luar pada 2001. Beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan, antaranya sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dan Pengarah di Bahagian Keselamatan Pelbagai Hala.

Anak kelahiran Kedah itu juga memegang jawatan Konsul Jeneral Malaysia ke Ho Chi Minh City, Vietnam dari 2011 hingga 2015 dan Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina dari 2002 hingga 2007.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Bahrain bermula pada 1974 dan diperkukuhkan lagi dengan pembukaan Kedutaan Malaysia di Bahrain pada 2003 dan pembukaan Kedutaan Bahrain di Malaysia pada 2017. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat