4,322 Pesakit Sembuh, Atasi Kes Baru Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes sembuh merekodkan sebanyak 4,322 kes sekali gus melebihi kes harian, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,677,406 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu pula mencatatkan sebanyak 3,683 kes termasuk 239 kes import, manakala jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 2,750,516 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,627 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat enam kluster baharu dengan jumlah kluster aktif sebanyak 227 kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 288 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 162 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat