Anwar ulang kerajaan tangguh projek mega salur bantuan kepada mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus didesak menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini dan menyalurkan peruntukan besar itu bagi menampung keperluan rakyat terjejas banjir.

Namun begitu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan beliau terhadap kerajaan seolah-olah tidak didengari.

“Beberapa hari yang lalu saya telah menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir.

“Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut,” kata Presiden PKR itu pada Rabu.

Anwar menegaskan, kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dalam membela dan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya sekali lagi ulangi gesaan terhadap kerajaan untuk bertindak pantas dan selesaikan segala permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini,” desak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi.

Sebelum ini Anwar sudah bersuara supaya kerajaan menangguhkan semua projek raksasa seperti ECRL (projek Laluan Rel Pantai Timur), DNB (Digital Nasional Berhad) yang melibatkan berpuluh-puluh bilion dan bayar rakyat dahulu.

Tambahnya, walaupun kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kemudahan mangsa banjir namun kerajaan tetap perlu bertanggungjawab meringankan beban dihadapi rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat